Amalan Murah Rezeki dari Rasulullah



Amalan Murah Rezeki ini merupakan hadist dhaif (lemah) yang diriwayatkan dari rasulullah Saw. Tidak semua hadits memenuhi kriteria hadits shahih. Ada hadits yang memang shahih, hasan, dhaif, atau bahkan maudhu' (hadits palsu). Namun, para ulama sepakat bahwa boleh mengamalkan hadits dhaif sebagai dalil dalam konteks keutamaan amaliyah, asalkan tidak dijadikan sebagai dalil untuk memutuskan hukum.


Hadist Amalan Murah Rezeki 


عَن سهل بن سعد، قَالَ: جَاءَ رجل إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم فَشَكا إِلَيْهِ ‌الْفقر وضيق الْعَيْش أَو المعاش، فَقَالَ لَهُ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: (إِذا ‌دخلت ‌مَنْزِلك.. فَسلم إِن كَانَ فِيهِ أحد أَو لم يكن فِيهِ أحد، ثمَّ سلم عَليّ، واقرأ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} مرّة وَاحِدَة)، فَفعل الرجل فأدر الله عَلَيْهِ الرزق حَتَّى افاض على جِيرَانه وقراباته


Terjemahan: Daripada Sahl bin Sa'd, beliau telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Sollallohu 'Alayhi Wa Sallam lalu beliau telah mengadu kepada Baginda akan kefakiran dan kesempitan hidup (yang menimpanya). Maka Rasulullah Sollallohu 'Alaihi Wa Sallam telah bersabda kepadanya: 


"Apabila anda telah memasuki rumah anda, maka berikanlah salam sekiranya seseorang ada di dalam rumah atau tidak ada seseorang pun di dalamnya (sekalipun) . Kemudian berikanlah salam kepada saya dan bacalah: قل هو الله أحد س sebanyak sekali. Maka lelaki itu pun telah melakukan (saran Baginda). 


Lalu Allah telah membanyakkan rezeki kepada beliau sehingga rezeki telah melimpah kepada tetangga beliau dan kaum kerabat beliau.


------------


Amalan daripada hadith ini:


1) Beri salam bila nak masuk rumah sama ada ada orang atau tidak ada. 


Kalau ada orang kita ucapkan: 


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kalau tak ada orang kita ucapkan:


السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين


2) Beri salam pula kepada Nabi Muhammad Sollallohu 'Alayhi Wa Alihi Wasallam dengan menyebut:


السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته


3) Seterusnya kita membaca Surah al-Ikhlas sebanyak sekali.


Semoga murah rezeki semua berkat mengamalkan hadith dhoif ini.

-----

Sumber : ust Hairul Nizam Malaysia

Link: https://www.facebook.com/share/JX5dsX1PdD8t9kRx/?mibextid=oFDknk

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.